Hasil karya Jane_Austen

Berpegang teguh pada kelaziman semasa bagi pengarang-pengarang wanita, Austin menerbit novelnya tanpa menggunakan nama sendiri. Walaupun novelnya mencapai kejayaan and rasa hormat, ketanpanamaannya melarangkan penyertaannya dalam lingkungan ahli sastera yang terkemuka. Meskipun, kesemua hasil karyanya merupakan cerpen cinta, dan walaupun kerjayanya berbetulan dengan pergerakan Romantis dalam kesasusteraan Inggeris, Austen bukan seorang Romantis. Emosi yang penuh berahi biasanya membawa bahaya dalam novel Austen dan pemudi yang menggunakan kesederhanaan rasional akan lebih dapat kebahagiaan yang benar berbanding gadis yang lari bersama kekasihnya.

Nilai-nilai seni Austen adalah lebih serupa dengan karya David Hume dan John Locke berbanding penulis semasa seperti William Wordsworth ataupun George Gordon Byron, Baron yang keenam. Tiga pengarang yang amat mempengaruhi karyanya ialah Samuel Johnson, William Cowper dan Fanny Burney.

Northanger Abbey, sebuah novel yang diterbit selepas kematian Austen, mempersendakan novel-novel Gothik, tetapi Austen lebih dikenali kerana karyanya yang mengambil bentuk komedi tingkah laku sosial yang pintar. Karya seperti ini, khususnya Emma, biasa disebut kerana bentuknya yang sempurna. Pengkritik moden terus membongkar sudut pandangan baru mengenai ulasan Austen yang amat tajam terhadap kesusahan wanita Inggeris bangsawan yang bujang pada awal 1800-an. Undang-undang dan adat resam harta pusaka biasa memperuntukkan kebanyakan daripada harta pusaka kepada waris-waris lelaki.

Sewaktu penerbitannya, novel-novel Austen menerima sambutan yang agak baik. Sir Walter Scott telah memuji hasil karyanya seperti berikut:

Wanita yang muda itu mempunyai bakat untuk memerikan pembabitan perasaan-perasaan serta watak-watak daripada penghidupan orang biasa yang bagi saya merupakan karya yang paling hebat.

Austen juga dikagumi oleh Thomas Babington Macaulay, Baron Macaulay yang pertama (yang berpendapat bahawa tiadanya karangan di dunia ini yang lebih mendekati kesempurnaan), Samuel Taylor Coleridge, Robert Southey, Sydney Smith, dan Edward FitzGerald. Bagaimanapun, Austen merupakan seorang pengarang yang terlepas perhatian selama beberapa dekad selepas kematiannya. Minat kepada karyannya dihidupkan pada hujung abad ke-19. Cendekiawan abad ke-20 menganggapinya sebagai salah satu daripada bakat yang terunggul dalam penulisan Inggeris, dan kekadangnya dibandingkan dengan Shakespeare. Lionel Trilling dan Edward Said merupakan pengkritik Austen yang utama.

Terdapat juga pandangan negatif yang amat ketara bagi karya Austen. Sebahagian pengkritiknya sering mengadu bahawa penulisannya tidak merupakan kesusasteraan dan cuma mempunyai sifat kelas pertengahan. Charlotte Brontë mengkritik fiksyen Austen kerana skopnya terlalu sempit. Reaksi Mark Twain ialah rasa jijik:

Jane Austen? Saya sanggup mengatakan bahawa sebuah perpustakaan yang baik ialah sebuah perpustakaan yang tidak mempunyai buku Jane Austen. Sungguhpun ia langsung tidak mengandungi buku-buku yang lain.

Kekuatan kesusasteraan Austen terdiri daripada penggambaran wataknya yang terperinci, terutamanya mengenai wanita, serta huraian halus tentang peristiwa harian yang biasa tertimbul dalam kelas pertengahan dan kelas atasan. Pandangan hidupnya kelihatan ramah dengan ironi yang lembut tetapi tajam.

Beberapa pembaca semasa mungkin mendapati bahawa dunia yang diperikan oleh Austen — di mana perkara utama yang dibimbangi orang ialah perolehan perkahwinan yang berkelebihan — tidak bebas dan amat membimbangkan. Pilihan pada zaman itu terhad dan kedua-dua pihak wanita serta lelaki biasa berkahwin untuk wang. Pengarang-pengarang wanita lain biasanya mengarang genre cinta yang serupa sempit. Sebahagian daripada reputasi Austen yang terkemuka berasaskan pencerapan keadaan manusia dalam sebuah kisah cinta yang dapat meyakinkan. Kebanyakan daripada perasaan cemas dalam novelnya tertimbul daripada pengimbangan keperluan kewangan dengan perkara lain yang dibimbangi: cinta, persahabatan, dan akhlak.